Langkau ke kandungan utama

Insentif menarik bajet 2011

Bajet 2011 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak semalam memberi pelbagai insentif menarik kepada penjawat awam, pegawai kontrak dan pesara kerajaan di seluruh negara, antaranya pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan kadar bantuan mengurus jenazah.

Bantuan khas kewangan diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan pada Disember ini bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Kerajaan juga bersetuju memansuhkan PTK dan diganti dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam menjelang Jun 2011.

Ia adalah usaha berterusan dalam menyedia kerangka penilaian lebih bertanggungjawab, relevan dan menyeluruh serta mengambil kira maklum balas penjawat awam.

Kerajaan juga akan menaikkan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 pada masa ini terhadap penjawat awam dan pesara kerajaan selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.

Perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat (PKS) yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini juga akan disambung untuk tempoh setahun lagi dengan kementerian dan agensi tidak dibenar untuk menambah bilangan PKS baru.

Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman, kerajaan akan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Kerajaan juga akan membenarkan pembelian hartanah daripada ibu, bapa, anak dan adik-beradik, selain menggandakan kadar pinjaman untuk kerja tambahan rumah kos rendah kepada RM20,000 berbanding RM10,000 bagi Kumpulan Sokongan Dua dan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000.

Semua langkah penambahbaikan pinjaman perumahan ini akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Ulasan

  1. hmm minyak baru je naik.. harap2 insentif baik2 akan muncul. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tengah Nazak Cari Duit-The Real Side Income

Bukan main lagi tajuk yer.. Ni nak habaq siapa-siapa yang tengah cari side income, bolehlah join ni. Kerja mudah, cuma perlu 10-20 minit, anda dah kumpul duit. Tiada syarat kelayakan ok! Juga tiada yuran, semuanya percuma. Cuma perlu sambungan internet je. Ni saya sertakan link-link nye: 1. Ipanelonline 2. Mobrog 3. Toluna 4. Mygov 5. ClixSense 6. Baymack 7. AIPonline Apa kata kalau yang berminat boleh mendaftar. Kalau  tak faham nak mula boleh pm saya. Boleh Komen atau chat kat blog ni.

Tension Parcel Gdex Hilang Tapi Bukan Parcel Aku

Ni lagi satu masalah yang tak disangka-sangka. Nak dijadikan cerita aku terima barang pos 'parcel' dari Gdex. Aku kerja kat office Sekolah so kira rutin aku jugak lah terima barang dari posmen ni. Sebelum- sebelum ni tak ada pula barang tak sampai kat cikgu-cikgu sekolah aku ni. Sign terima barang then letak dalam bakul kat office, then cikgu-cikgu datang ambil. Suatu hari dapat call dari seorang cikgu ni. Main call je not face to face padahal kerja satu office. Katanya barang dia aku terima tapi dia check kat office tak ada.Katanya semalam aku terima, aku cakap aku cuti semalam. Mungkin kelmarin aku terima katanya, aku balas aku cuti jugak. Memang aku cuti 2 hari. Then, dia kata dia call Gdex and nama penerima adalah aku. Parcel yang lama mungkin, aku cakap aku ingat barang dia dari China. Parcel kecil je. Memang aku ingat sebab lama sangat dok dalam bakul office tu. Aku minta dia tanya member WhatsApp Sekolah kot ada member-member dia yang tolong ambilkan. Aku tak tahu lah d...