Langkau ke kandungan utama

World’s Coolest Intern :)

World's Coolest Intern :) ialah seorang yang hebat, cool, atau sempoi:-

Rasanya aku ni seorang yang sempoi dan cool jugak. Ciri-ciri hebat pun ada.heheehe..angkat bakul sendiri. Aku xdelah hebat tapi try buat yg terhebat.

Ciri2 World's Coolest Intern ialah :-
Pertama Bermoral; berpegang teguh kepada Islam yang di turunkan oleh Allah SWT.

Kedua Mentaati dan menghargai kedua ibubapa.

Ketiga Mampu mengawal nafsu. Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Keadah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita-malu kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan.

Keempat Menghiasi diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubungan dengan Pencipta, dengan ibubapa, dengan rakan atau dengan orang lain.

Kelima Tegas dengan prinsip dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsip untuk kepentingan diri atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsu.

Keenam Melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi agar menjadi insan yang seimbang.

`Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah apa yang ada dalam diri mereka(Al-Quran, Surah Ar-Raad, ayat 11 )


`The spirit of truth and the spirit of freedom-they are the pillars of society’-Ibsen


`Men of character are not only the conscience of society-for it is the moral qualities which, in the main, rule the world’- S. Smiles.


Post ini adalah untuk "Do you have what it takes to be the World’s Coolest Intern Contest".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tengah Nazak Cari Duit-The Real Side Income

Bukan main lagi tajuk yer.. Ni nak habaq siapa-siapa yang tengah cari side income, bolehlah join ni. Kerja mudah, cuma perlu 10-20 minit, anda dah kumpul duit. Tiada syarat kelayakan ok! Juga tiada yuran, semuanya percuma. Cuma perlu sambungan internet je. Ni saya sertakan link-link nye: 1. Ipanelonline 2. Mobrog 3. Toluna 4. Mygov 5. ClixSense 6. Baymack 7. AIPonline Apa kata kalau yang berminat boleh mendaftar. Kalau  tak faham nak mula boleh pm saya. Boleh Komen atau chat kat blog ni.