Subject: Pengajaran...
Gini.....ada orang cerita.....kejadian kat sebuah pekan di Johor. Lebih
kurang macam cerita mayat
bertukar jadi khinzir...gitulah lebih kurang. Kisah seorang anak yang tak
pernah ngikut kata kedua
orang tuanya.
Bak kata orang, dah berbuih dah mulut bagi nasihat, tapi si anak ini
(seorang lelaki) tetap dengan
kedegilan dan perangai samseng serta kurang ajarnya.
Nak jadi cerita, ayah si pemuda ini pun meninggal dunia dan beberapa bulan
selepas kematian
ayahnya, baharulah timbul keinsafan di hatinya tentang segala salah-laku dan
perangai buruk yang
diperbuatnya selama ini. Terlintas dihatinya untuk minta ampun kepada
ayahnya tetapi si ayah
sudahpun bersemadi di liang lahad. Barangkali, kerana desakan keinsafan yang
semakin menebal dalam
diri anak muda itu, akhirnya dia menemui seorang lebai di sebuah masjid di
kampungnya. Lalu
diceritakannyalah perihal keadaan dirinya di masa lalu dan keinginannya
untuk meminta keampunan
daripada ayahnya yang sudah menjadi arwah itu. Lalu berkatalah si lebai
kepada anak muda itu.
" Tidak mungkin kau boleh meminta maaf pada ayah kau yang dah meninggal itu,
tapi keinsafan yang
menjelma dalam dirikau sekarang ini sudah cukup membuatkan roh ayah kau itu
tidak teruk menderita
dan tersiksa. Kalau kau masih sayangkan ayahkau itu, pergilah ke kuburnya
dan bacakanlah talkin
serta siramlah air di atas pusaranya. "
Semasa kecilnya anak muda ini kurang mendapat didikan agama. Nak baca talkin
macam mana, sedangkan
membaca al-fatihahpun masih merangkak. Namun si anak muda ini tetap ikhlas
terhadap hasratnya ke
kubur ayahnya dan menyiram pusara ayahnya dengan air mawar yang diberikan
oleh si lebai tadi.
Sepulangnya anak muda itu ke rumahnya, lalu diletakkannyalah bekas
air(mawar)itu di suatu sudut di
dapur rumahnya. Beliau bercadang untuk ke kubur ayahnya selepas solat asar
nanti. Entah macamana,
tertidurlah dia dan sedang dia tidur itu, emaknya memasak air (mawar) tadi
dan dibancuhnyalah teh
susu. Si anakpun, kerana tekadnya, bangun dan segera ke dapur untuk
mengambil bekas air (mawar)
itu. Alangkah cemasnya anak muda itu apabila didapatinya bekas itu sudah
kosong. Lalu bertanyalah
anak muda itu kepada emaknya.
" Di mana air di dalam bekas ini ? " tanya anak muda. " Emak dah masak dan
buatkan teh susu " jawab
si emak. " Haaa...dah buat teh susu ? " tanya anak muda itu terperanjat. "
Iya....tu atas meja tu,
kenapa kau terperanjat ?" tanya si emak. " Itu air mawar....saya nak siram
atas kubur ayah. " ujar
anak muda. Barangkali si emak juga kurang pendidikan agama lalu keluarlah
jawapan ini kepada anak
lelakinya itu. " La. ..mana mak tau, alah kau bawa aje teh susu itu ke kubur
ayah kau dan siramkan
atas kubur ayah kau itu." jawab si emak. Si anak muda yang lurus bendul
itupun membawalah cerek
berisi air teh susu itu ke kubur ayahnya lalu disiramnya air teh susu itu di
atas pusara ayahnya.
Maha Suci Allah, sebaik sahaja air teh susu itu disiram di atas pusara
ayahnya, lalu tiba-tiba bumi
yang dipijaknya bagaikan bergoncang dan bergegar.Dia melihat sekeliling
kawasan perkuburan itu,
tiada apa yang dilihatnya yang boleh membawa kepada goncangan yang sebegitu
kuat itu. Pun begitu,
anak muda itu tidak panik dan tidak pula lari kerana dia tahu, itu ialah
kubur ayahnya. Dia terpaku
apabila dilihatnya, kubur ayahnya merekah dan keluarlah asap memutih dan
dari celahan retakan kubur
ayahnya itu, keluarlah sebelah tangan iaitu tangan yang sebelah kanan
berdasarkan kedudukan
jari-jemari tangan itu. Anak muda itu semakin tercengang apabila tangan itu
mula merapatkan
jari-jarinya dan hanya ibu jari yang terhala ke atas seolah-olah menunjukkan
tanda "bagus good "
kepadanya. Tiba-tiba, kedengaran satu suara ghaib dari dalam kubur itu :
" BOH ADA UMPHH!!.. ".
THE END
(jangan marahâ?¦ aku pun terkena cam korang..)

Ulasan
Catat Ulasan