Langkau ke kandungan utama

PESANAN


Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat  kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tengah Nazak Cari Duit-The Real Side Income

Bukan main lagi tajuk yer.. Ni nak habaq siapa-siapa yang tengah cari side income, bolehlah join ni. Kerja mudah, cuma perlu 10-20 minit, anda dah kumpul duit. Tiada syarat kelayakan ok! Juga tiada yuran, semuanya percuma. Cuma perlu sambungan internet je. Ni saya sertakan link-link nye: 1. Ipanelonline 2. Mobrog 3. Toluna 4. Mygov 5. ClixSense 6. Baymack 7. AIPonline Apa kata kalau yang berminat boleh mendaftar. Kalau  tak faham nak mula boleh pm saya. Boleh Komen atau chat kat blog ni.

Tension Parcel Gdex Hilang Tapi Bukan Parcel Aku

Ni lagi satu masalah yang tak disangka-sangka. Nak dijadikan cerita aku terima barang pos 'parcel' dari Gdex. Aku kerja kat office Sekolah so kira rutin aku jugak lah terima barang dari posmen ni. Sebelum- sebelum ni tak ada pula barang tak sampai kat cikgu-cikgu sekolah aku ni. Sign terima barang then letak dalam bakul kat office, then cikgu-cikgu datang ambil. Suatu hari dapat call dari seorang cikgu ni. Main call je not face to face padahal kerja satu office. Katanya barang dia aku terima tapi dia check kat office tak ada.Katanya semalam aku terima, aku cakap aku cuti semalam. Mungkin kelmarin aku terima katanya, aku balas aku cuti jugak. Memang aku cuti 2 hari. Then, dia kata dia call Gdex and nama penerima adalah aku. Parcel yang lama mungkin, aku cakap aku ingat barang dia dari China. Parcel kecil je. Memang aku ingat sebab lama sangat dok dalam bakul office tu. Aku minta dia tanya member WhatsApp Sekolah kot ada member-member dia yang tolong ambilkan. Aku tak tahu lah d...