Langkau ke kandungan utama

Kemurungan Mangakibatkan Kematian

Kebelakangan ini banyak kes kematian yang berpunca daripada kemurungan. Masalah ini dari hari ke hari semakin menular dan semakin serius. Kes kemurungan yang tidak dirawat akan berakhir dengan tragis hingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Hasil daripada google, dapatlah sedikit pengetahuan tentang kemurungan ini. Yelah, takut benda ni terjadi pada diri sendiri atau keluarga terdekat. Manusia tidak boleh lari dari masalah, besar atau kecil masalah bergantung pada individu menanganinya.

Terdapat individu yang mempunyai imej luaran yang berbeza daripada kehidupan peribadi mereka.  Kita tengok dia seorang yang ceria di tempat kerja tetapi berbeza personalitinya di rumah. Jom kenali individu yang mengalami kemurungan tersembunyi ini dan cara yang boleh membantu mereka.

1.Merupakan seorang yang ceria dan mudah bergaul
Kita tidak seharusnya mengambil ringan bahawa orang yang ceria dan pandai bergaul imun daripada kemurungan. Jadi, kita sepatutnya mencari beberapa petunjuk dan paling penting sekali menjadi pendengar yang empati.

2.Kelihatan tidak tertekan

3.Kelihatan penat dan sentiasa mengadu cepat keletihan
Kesan sampingan kemurungan yang lazim adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua orang dengan gangguan ini dapat berjuang dengannya, tetapi ia adalah perkara yang sangat biasa. Begitu juga jika seseorang itu hidup dengan kemurungan yang tidak didiagnosis, punca keletihan boleh jadi mengelirukan. Mereka dapat tidur dengan secukupnya dan bangun pagi dengan perasaan seperti mereka hanya tidur beberapa jam. Lebih teruk lagi, mereka menyalahkan diri-sendiri, percaya ia berpunca daripada sifat malas atau beberapa kesalahan peribadi yang lain yang menyebabkan mereka menjadi lemah. Ini juga merupakan simptom yang sukar untuk disembunyikan kepada mereka yang telah didiagnosis kemurungan tetapi cuba untuk merahsiakannya daripada rakan-rakan kerana ia selalu memberi  kesan kepada bebanan kerja dan hubungan peribadi.

4.Orang yang panas baran
Sikap panas baran sering dikaitkan dengan penghidap kemurungan. Kelakuan ini boleh ditafsirkan sebagai melankolik walaupun itu sebenarnya bukan apa yang mereka rasakan. Ini kerana kemurungan adalah masalah kesihatan yang tidak boleh dilihat atau diukur. Jika seseorang yang kita kenali mengetahui bahawa mereka murung dan berkongsi masalahnya dengan kita, kemungkinan pada awalnya kita akan keliru jika kelakuan sebelumnya tidak sesuai dengan tanggapan biasa orang mengenai kemurungan yang diiringi dengan sifat malu dan pendiam. Jika mereka cepat marah dan mudah  merasakan sesuatu perkara itu menjengkelkan, itu sebenarnya merupakan salah satu  kesan sampingan kemurungan.

5.Tidak ambil kisah dengan kebahagiaan mereka
Penghidap kemurungan tersembunyi acap kali tidak bersemangat melakukan perkara yang mereka suka. Jika mereka  mendakwa sudah  tidak lagi murung, tetapi sebenarnya mereka tidak ambil peduli lagi, ini mungkin  merupakan tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

6.Tidak bersemangat dan kerap menolak aktiviti yang pernah mereka gemari
Kurangnyaminat dalam melakukan aktiviti dalam satu tempoh masa yang panjang boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami kemurungan. Seperti mana yang dinyatakan di atas, kemurungan yang sama ada melibatkan beban fizikal dan mental menjadikan perkara yang pernah mereka gemari sukar untuk dilakukan. Aktiviti-aktiviti yang pernah mereka gemari secara umumnya akan hilang kerana kemurungan ini selalunya membuatkan ia sukar untuk dinikmati dan merasa puas.

7.Menunjukkan kemarahan dan tidak sabar
Kita selalu menghubungkan kemurungan dengan sikap sambil lewa, tidak berdaya. pemikiran melankolik dan kesedihan. Tetapi ada juga simptom kemurungan di mana selalunya sukar untuk dikenal  pasti kerana dianggap ledakan emosi sementara. Ia dianggap gangguan yang tidak penting dan boleh diabaikan.  Kemarahan merupakan  cara orang memanifestasikan kemurungan yang dialami dan kebanyakkan daripada kita menggunakan cara ini untuk meluahkannya.

8.Sukar untuk bertindak balas kepada kasih sayang dan keprihatinan 
Pemahaman negatif mengenai kemurungan seperti yang  dibayangkan  di atas melibatkan perasaan sedih. Sebaliknya, individu yang mengalami kemurungan cenderung  untuk tidak merasai apa-apa atau hanya sebahagian dan secara ringkasnya mengalami emosi. Ia bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi sesetengah orang yang mengalami kemurungan mengadu berasa hampir kaku dan perkara yang dekat dengan emosi yang mereka alami adalah kesedihan dan/atau kemarahan. Oleh sebab itu, sukar bagi mereka untuk bertindak balas dengan sewajarnya kepada isyarat badan atau perkataan yang menunjukkan kasih sayang atau mereka hanya tidak memikirkannya lagi. Mereka mungkin merasa jengkel atau marah dengan kita mengenai perkara ini, kerana akal mereka terlalu sukar untuk memproses dan bertindak balas kepada isyarat kasih sayang tersebut.

9.Melahirkan tabiat makan yang tidak normal
Tabiat makan yang tidak normal berpunca daripada 2 sebab: sebagai satu bentuk penerimaan atau kesan sampingan kepada kurangnya penjagaan diri. Makan terlalu sedikit atau terlalu banyak adalah merupakan tanda  kemurungan yang biasa. Apabila makanan dijadikan sumber kepuasan bagi orang yang mengalami kemurungan, mereka  cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan atau terlalu sedikit. Hal ini berlaku kerana mereka tidak sedar untuk mengawal sesuatu memandangkan  penyakit ini tidak boleh dikawal. Jika seseorang itu tidak didiagnosis atau tidak berkongsi masalah ini, orang lain akan menganggap tabiat pemakanan sedemikian sebagai kesalahan peribadi dan menghukum mereka, dimana ia boleh membuatkan mereka berasa lebih teruk dan merasakan diri tidak berguna

10.Mula memerlukan lebih daripada kita
Orang yang mengalami kemurungan secara amnya tidak bertindak seperti manusia biasa. Akan ada perkara yang tidak mampu untuk dilakukan sebanyak atau sekerap yang mungkin. Mengusik atau memalukan mereka mengenai perkara ini akan hanya menyakitkan dan langsung tidak membantu. Jika mereka merahsiakan kemurungan ini, ia akan lebih sukar untuk berurusan dengan orang lain kerana mereka tidak boleh melaksanakan sesuatu perkara itu setanding dengan manusia biasa.

11.Ada hari yang buruk dan baik
Kemurunganada pasang surutnya. Jika seseorang itu mengalami kemurungan yang tersembunyi atau tidak didiagnosis, mereka akan kelihatan seperti memiliki perasaan yang berubah-ubah bergantung kepada tahap kemurungan. Perubahan ini kelihatan seperti tanpa sebab tetapi ia adalah cara bagaimana sesetengah peghidap kemurungan meluahkannya. Jika kita mengetahui seseorang itu mengalami kemurungan, kita tidak seharusnya percaya yang mereka sudah sembuh sepenuhnya hanya kerana beberapa hari yang baik. Manakala, adalah sesuatu yang bagus  jika mereka mempunyai  hari yang lebih baik daripada sebelumnya, kita  membiarkan mereka memberitahu  aktiviti yang akan mereka lakukan pada hari tersebut.

Kesimpulannya, kita haruslah menyokong dan membantu rakan atau ahli keluarga kita yang mengalami kemurungan dan biarkan mereka meluahkan masalah yang dihadapi atau kata lain menjadi pendengar yang setia.

12.Tidak mendapat tidur yang mencukupi
Jikaorang yang kita sayangi mengadu  tidak dapat tidur yang secukupnya (atau terlebih tidur), ini mungkin merupakan tanda amaran menunjukkan ada sesuatu yang kurang baik berlaku. Masalah-masalah tidur ini mungkin hanya tanda luaran kepada sebab yang lebih dalam dan penuh bermasalah di mana boleh menyebabkan kebimbangan, kurang aktif atau kemurungan. Masalah-maslah tidur dan kemurungan selalunya berkait rapat antara satu sama lain. Penyelesaikan secara perlahan-lahan selalunya berguna untuk mengetahui apakah sebab yang mungkin, jika seseorang itu besedia untuk meluahkanya.

13.Memerlukan penyembuhan/penutupan daripada trauma yang lalu
Bayangkankehidupan yang sempurna seperti mempunyai anak-anak yang hebat, kerjaya dan perkahwinan yang stabil. Sebaliknya, masih ada lagi kisah duka lampau yang masih belum sembuh atau masih terpendam. Ahli psikologi menggambarkan mereka sebagai PHDP (Perfectly-Hidden-Depressed Person). Keyakinan dan kebahagiaan yang ditunjukkan berbeza dengan apa yang dialami. Masalah ini sering diabaikan terutamanya kepada penghidap yang akhirnya cuba untuk membunuh diri. Hal ini berlaku disebabkan oleh tiada siapa yang dapat melihat tanda-tanda atau penghidap tidak berani untuk menceritakan masalah yang dialami. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mendengar dengan teliti apabila rakan atau orang yang kita sayang bercerita mengenai keletihan dan kebimbangan.

Apapun, saya amat percaya masalah jiwa ini dapat diatasi sekiranya kita selalu mendekatkan diri kepada maha pencipta. Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tengah Nazak Cari Duit-The Real Side Income

Bukan main lagi tajuk yer.. Ni nak habaq siapa-siapa yang tengah cari side income, bolehlah join ni. Kerja mudah, cuma perlu 10-20 minit, anda dah kumpul duit. Tiada syarat kelayakan ok! Juga tiada yuran, semuanya percuma. Cuma perlu sambungan internet je. Ni saya sertakan link-link nye: 1. Ipanelonline 2. Mobrog 3. Toluna 4. Mygov 5. ClixSense 6. Baymack 7. AIPonline Apa kata kalau yang berminat boleh mendaftar. Kalau  tak faham nak mula boleh pm saya. Boleh Komen atau chat kat blog ni.

Tension Parcel Gdex Hilang Tapi Bukan Parcel Aku

Ni lagi satu masalah yang tak disangka-sangka. Nak dijadikan cerita aku terima barang pos 'parcel' dari Gdex. Aku kerja kat office Sekolah so kira rutin aku jugak lah terima barang dari posmen ni. Sebelum- sebelum ni tak ada pula barang tak sampai kat cikgu-cikgu sekolah aku ni. Sign terima barang then letak dalam bakul kat office, then cikgu-cikgu datang ambil. Suatu hari dapat call dari seorang cikgu ni. Main call je not face to face padahal kerja satu office. Katanya barang dia aku terima tapi dia check kat office tak ada.Katanya semalam aku terima, aku cakap aku cuti semalam. Mungkin kelmarin aku terima katanya, aku balas aku cuti jugak. Memang aku cuti 2 hari. Then, dia kata dia call Gdex and nama penerima adalah aku. Parcel yang lama mungkin, aku cakap aku ingat barang dia dari China. Parcel kecil je. Memang aku ingat sebab lama sangat dok dalam bakul office tu. Aku minta dia tanya member WhatsApp Sekolah kot ada member-member dia yang tolong ambilkan. Aku tak tahu lah d...